SYARIKAT KOYO WORLD (MALAYSIA) SDN BHD
Koyoworld Malaysia adalah salah satu syarikat jualan langsung di Malaysia. Operasi syarikat ini sebelum ini adalah menjalankan pemasaran secara single level marketing dan diubah kepada Multi Level Marketing setelah melihat pasaran yang luas di Malaysia. Koyoworld Malaysia di tubuhkan dan dipengerusikan oleh Tengku Hamid Tan Sri Ismail dan dipimpin oleh Mr Zhao Hong Zhan selaku presiden serta Dato Seri Chong Peng Song. Koyoworld Malaysia memperuntukkan dana sebanyak RM5 Juta bagi memastikan produk Koyoworld di kenali di pasaran dunia. Presiden juga optimis untuk mengembangkan pasaran ke Negara Asia Tenggara pada 2011 seterusnya ke pasaran Eropah dan juga pasaran global. Keunikan produk dan juga insentif yang menarik pastinya dapat memastikan impian tersebut tercapai.
SEJARAH PENUBUHAN KOYOWORLD
Syarikat Koyo World (Hong Kong) Sdn.Bhd. ditubuhkan dengan rasminya di China Hong Kong pada September, 2005. Ia adalah satu pertubuhan teknologi tinggi yang terutamanya tertumpu pada pengeluaran dan penjualan makanan Kitosan, makanan kebimbingan kesihatan, produk kecantikan dan alat-alat perubatan. Tema utama perusahaan ini semenjak pertubuhannya adalah “ Amalan Inovasi, Pengurusan Terus-Menerus” agar dapat menawarkan produk berkualiti untuk pelanggan-pelanggannya. Oleh yang demikian, syarikat ini dapat mencapai penghargaan pasaran, kegemaran konsumer dan juga kemajuan yang pantas.
Kerjasama strategi yang kuat antara Syarikat Koyo World (Hong Kong) Sdn. Bhd. dan Koyo Chemical Co.,Ltd. yang terkenal di Jepun adalah satu langkah yang penting dalam perkembangan Koyo Antarabangsa. Syarikat Koyo World (Hong Kong) Sdn. Bhd. didirikan di Jepun Tokyo pada tahun 1974. Tumpuan dominasinya adalah dalam bidang pengeluran produk makanan Kitosan, makanan kebimbingan kesihatan, produk kecantikan dan alat-alat perubatan. Ia adalah salah satu perusahaan pengilangan makanan Kitosan yang skalanya paling besar, teknologi terdahulu, pengeluaran terbanyak dan kualiti terbaik dalam abad ini. Ia juga adalah perusahaan pengilangan makanan Kitosan pertama yang mendapat jaminan daripada kerajaan Jepun.
Koyo Chemical Co.,Ltd.Jepun mempunyai vesel ikan sendiri bagi menjamin bekalan berterusan ketam berkaki merah yang tidak tercemar dan unik di Jepun dari laut dalam untuk memuaskan permintaan pasaran bahan-bahan mentah. Sebagai tambahan, ia juga melaksanakan pengurusan teliti dalam setiap kitaran penyelidikan dan pengeluaran bagi menjamin produk-produk berkualiti tinggi dan kesan-kesan terbaik.
TEKNOLOGI R & D
Produk-produk makanan Kitosan yang dihasilkan oleh Syarikat Koyo Kimia (Jepun) Sdn Bhd adalah makanan berfungsi generasi ketiga yang maju dengan penggunaan teknologi kejuruteraan genetik eksklusif. Ia merupakan satu-satunya makanan berfungsi yang diluluskan oleh Jepun untuk mempromosikan kesan-kesan perubatan. Tambahan pula, ia adalah kumpulan Kation tunggal yang mempunyai ion-ion positif di alam ini.
Pakar perubatan dunia menggambarkan Kitosan (Glukosamine) sebagai unsur hidup keenam selepas protein, lemak, gula, vitamin dan mineral. Perubatan moden mengesahkan kesan perubatannya dalam pelarasan sistem imum, pencegahan kanser, penurunan tekanan darah, lipid, kolesterol, mengaktifkan sel-sel, memperlahankan penuaan, melindungi buah pinggang dan mengeluarkan toksik-toksik dalam buah pinggang, memperkukuhkan fungsi hati, merawat ulser peptik, memansuhkan organisma-organisma bakteria dan patogenik, menghadkan kerosakan akibat daripada radikal bebas, memperbaiki keadaan asid dalam badan dan membina badan teguh yang tidak mudah jatuh sakit.
Ujian-ujian toksikologi menunjukkan Kitosan (Glukosamine) tidak mempunyai sebarang kesan-kesan toksik dengan penunjuk keselamatan yang menyerupai gula. Bahan-bahan mentahnya adalah kulit ketam berkaki merah yang tidak tercemar dari laut dalam (1,000 buah meter) Jepun. Kilang pembuatan juga bertempat di pelabuhan Tottori, cantik dan persekitaran yang bersih yang berpisah dari pencemaran bandar. Persatuan Dunia Kitosan mengesahkan dengan sebulat suara bahawa Syarikat Koyo Kimia (Jepun) Bhd adalah pengkilang makanan kesihatan Kitosan yang memperolehi teknologi pengeluaran terbaik dan paling maju, kualiti produk optimum dan skala pengeluaran yang paling besar.






